Saturday 12 March 2016

KEPEMIMPINAN MASA DEPAN : Siri 4 - MEMILIH KERJAYA

Berhenti sebentar dari isu kebimbangan ibubapa mendepani desas desus pengurangan pemberian kemudahan kewangan bagi pendidikan tinggi.

Disebalik itu, ada lagi cabaran lain yang lebih besar seperti memilih pengkhususan yang terbaik buat anak-anak. Fuhhh.. pening kepala.

1. Mahu ikut sahaja apa yang anak mahu?

2. Mahu ikut pemahaman kita tentang keperluan kerjaya masa depan?

3. Mahu menyambung cita-cita kita (ibubapa) yang tidak tercapai dulu kala atas banyak sebab?

Ini cabaran yang kritikal. 😐

Ada kisah anak-anak yang yang tidak perform di dalam pelajaran, dihentikan pembiayaan kewangan kerana dikatakan menyertai pengkhususan bukan pilihan.

Ibu bapa pilih supaya anak ambil pengkhususan Accountancy. Ini kerana mengikut Lapuran CSAP, seramai 60 ribu professional accountancy diperlukan pada tahun 2020. Ketika ini hanya ada sekitar 36 ribu sahaja.

Ini antara kerjaya masa depan yang punya permintaan.

Tetapi si anak pula mahu jadi pengarah filem dengan minat yang mendalam.

Ini antara pengalaman yang sempat diceritakan oleh CikPuan Mahiran, IPAC Education, INTECH UITM pagi ini.

Aduuus. Dilema ibu bapa. Mahukan yang terbaik untuk anak-anak.

Apa pandangan tuan puan?

#dilema
#kepemimpinan
Www.seriaishah.com
cikseriaishah.blogspot.com

KEPEMIMPINAN MASA DEPAN : Siri 3 - CABARAN KEWANGAN

Masih banyak rupanya berita baik tentang pemberian biasiswa atau pinjaman. Baik dari pihak kerajaan, syarikat swasta mahupun dari pusat pengajian tinggi itu sendiri.

Alhamdulillah. Lega. Selagi tak digali dan dicari, kita pun tak tahu. Bila dah tahu, tak mahu tertinggal walaupun satu. Minta semuanya.

Namun pusing-pusing, tetap akan ada cabaran dari segi persaingan yang tinggi. Berserah dan tawakkal, sepanjang jalan usaha.

Andaikata, tidak dapat bantuan sepenuhnya, sekurangnya pelan tabungan pendidikan anak-anak yang dirancang sejak awal kelahiran mereka akan sangat membantu.

Pelan simpanan boleh dilakukan dengan pelbagai cara dan pilihan. Antaranya:

1. Simpanan tunai secara berkala. Contohnya melalui potongan gaji.

2. Simpanan tabung pendidikan melalui syarikat insuran. Mungkin pilihan menggunakan konsep  'investment-linked' sesuai untuk jangkamasa panjang.

3. Simpanan unit amanah yang dikhaskan untuk tabung pendidikan.

4. Pembelian asset seperti hartanah.

5. Simpanan melalui pinjaman dari bank seperti pembelian unit amanah ASB.

Sudah tentu ada 'pro&con' bagi setiap pilihan ini. Namun konsep diversifying juga antara konsep yang baik untuk pelaburan jangkamasa panjang.

Bak kata pepatah inggeris, jangan dimasukkan semua telur yang ada ke dalam hanya sebuah bakul. Andai terjatuh bakul itu, pecahlah kesemua telur itu.

Di antara 5 pilihan di atas, yang manakah pilhan tuan puan?

Www.seriaishah.com
#kewangan
#kepemimpinan

KEPEMIMPINAN MASA DEPAN : CABARAN KEWANGAN (Siri 2)


Apa impian ibu bapa dalam mencorak masa depan anak-anak?

Visinya mahu melihat legasi yang punya masa depan yang kukuh, bahagia meneruskan kehidupan dan membina generasi baru. 

Citanya mahu hantar anak belajar setinggi mungkin. Timba ilmu untuk digunapakai dan sumbang semula kepada masyarakat.

Caranya membina kesedaran tentang impak kepada kesungguhan. Tidak lupa membina keperibadian yang baik.

Namun, keperluan penyediaan kewangan tidak boleh tidak dipedulikan. Kini bukan lagi dunia mudah dan mewah dengan bantuan dari kerjaan. 

'Cuaca' ekonomi sudah berubah secara drastik. 

Mulakan tabungan masa depan dengan cara paling efektif dan berkesan. Ikat perut pada kemewahan berlebihan. Berdikit-dikit akan membukit.

Mulakan tabiat baru dan berdisiplin.

#SeriAishah

www.seriaishah.com

http://cikseriaishah.blogspot.my/2016/03/kepemimpinan-masa-depan-cabaran.html

KEPEMIMPINAN MASA DEPAN : CABARAN KEWANGAN (Siri 1)

Kegawatan ekonomi yang dijangka pada 2016-2018 sudah sangat terasa.

Antara sektor yang paling terkesan adalah sektor pengajian tinggi.

JPA sudah menghadkan ( hampir memberhentikan) pembiayaan biasiswa. Begitu juga dengan MARA. Tindakan yang sama juga diambil oleh instituisi lain yang mengambil langkah menghadkan pemberian biasiswa atau pinjaman. Khususnya pembiayaan pengajian ke luar negara.

Bayangkan, bagaimana masa depan generasi kita, andai kemelut gawat ini berterusan dalam jangkamasa yang lebih lama?

Mengambilkira juga kadar inflasi dan kos pengajian yang semakin mendadak, apakah persediaan kita sebagai ibu bapa?

Gambar : Bersama Principle Foundation School of KYS, Dr John.

#SeriAishah
www.seriaishah.com
cikseriaishah.blogspot.com

Thursday 25 February 2016

KEPEMIMPINAN MEMBINA DIRI (TABIAT Siri 5)

Di siri ke 5 ini kita lihat semula tips yang telah dikongsikan dari Siri 1 hingga ke Siri 4.
Siri 1. Manusia akan terus berimpian
Siri 2. Ubah impian menjadi Matlamat/Visi
Siri 3. Cari Idola/Ikon dan ikut tabiat mereka
Siri 4. Fikirkan Kesan menukar/tidak menukar tabiat terhadap Matlamat/Visi
Adakah kita sudah bersedia meneruskan langkah membina diri, mencipta tabiat baru, meninggalkan tabiat lama untuk kita terus memperbaiki diri ke tahap yang lebih baik?
Dimanakah cabaran permulaan yang menghalang?
Owh!
Ada yang kata, impian itu tidak kuat untuk mengubah tabiat!
Apakah halangan lain yang membantutkan niat tulus murni mengubah kehidupan kita?
Sudikan untuk berkongsi di ruang komen.
Kita rungkaikan bersama.



Nota :
Tips KEPEMIMPINAN MEMBINA DIRI (TABIAT Siri 1 - Siri 4) boleh di ulang baca di :
www.seriaishah.com (BLOG)
+ cikseriaishah.blogspot.my
fb.com/cikseriaishah

Wednesday 24 February 2016

KEPEMIMPINAN MEMBINA DIRI (TABIAT Siri 4)

Dari tips entry terdahulu di KEPEMIMPINAN MEMBINA DIRI  (TABIAT Siri 3), kini kita sudah kenalpasti ikon/idola yang mahu diteladani. Pilih mereka yang bersesuaian dengan SIAPA kita mahu jadi di masa depan.


Sebagai contoh, mahu mengubah diri menjadi Executive Coach atau Consultant. Lihat apa keperluan untuk menjadi individu seperti ini.

Cari ikon. Lihat mereka. Kebanyakan mereka adalah kalangan ilmuwan. Tabiat mereka sentiasa mencari GURU dan ILMU. Tabiat mereka suka membaca, maka kita cari ikon dari kalangan mereka yang sememang gemar membaca. Baca cara hidup mereka. berapa lama mereka gunakan masa untuk membaca dan berguru. Lihat bagaimana mereka menyerlah dan bagaimana mereka berkongsi apa maklumat yang difahami. 

Guru selalu berkata, usah gelojoh. Tekun dan fokus. Rancang MATLAMAT dengan bijak dan ambil sedikit masa. Jadi yang terbaik bukan produk separuh masak. Dalam masa yang sama ambil peluang menonjol diri untuk membina kredibiliti.

Baik Guru.

Langkah seterusnya menanam dorongan diri untuk memulakan tabiat supaya tidak kecundang dipermulaan jalan.

2 TIPS berikut dapat membantu.

1. Fikir dan tuliskan KESAN pada diri/karier/impian apabila kita MELAKUKAN tabiat baru.
2. Fikir dan tuliskan KESAN pada diri/karier/impian apabila kita TIDAK MELAKUKAN tabiat baru.

Sentiasa kita ingat, tabiat kita hari ini menentukan siapa kita pada masa depan.

Pastikan apa yang dilahirkan itu datang dari hati. Bukan rekaan yang menyedapkan hati.
Apabila hati yang berkata, hati juga yang mendengarnya.


www.seriaishah.com
cikseriaishah.blogspot.com
fb.com/cikseriaishah

#SeriAishah
#CoachKepemimpinanDiri
#GuruALIM
#ALeaderInMe



KEPEMIMPINAN MEMBINA DIRI  ( TABIAT Siri 3)

Terfikir-fikir apakah perkara pertama yang perlu dibuat untuk mengubah tabiat.

Idea yang hadir ketika itu ialah cari buku, cari Guru. Cari sesuatu yang boleh membantu kita untuk lakukan transformasi.

Seperti didorong dengan semangat yang ada, ternampak sebuah buku bertajuk "The Power of Focus".
Dihalaman awal buku tulisan Jack Canfield, Mark Victor Hansen dan Les Hewitt ini jelas tertulis "Tabiat Kita Menentukan Masa Depan Kita".

Mengujakan. Halaman demi halaman dibaca berulang kali.

Bagaimana mahu memilih tabiat baru yang positif?
Jawapannya, tiru saja tabiat orang-orang berjaya!

Orang-orang berjaya dikatakan mempunyai tabiat yang lebih kurang sama.

Kenalpasti individu yang berjaya di sekeliling kita. Minta sedikit masa mereka untuk diluangkan bersama kita. Pelajari cara hidup mereka.

Tanyakan sebanyak mungkin tentang disiplin dan rutin mereka.
+Apakah hobi mereka?
+Bagaimana mereka menjadualkan masa?
+Dengan siapa mereka berkawan?
+Apakah disiplin harian mereka?
+Kelab atau persatuan apa yang mereka sertai?
+Apakah buku yang mereka baca?

Atau baca buku autobiografi dan dokumentari mereka yang hebat yang dikagumi. Baca kisah diri dan idea yang mereka kongsikan.

www.seriaishah.com
cikseriaishah.blogspot.com
fb.com/cikseriaishah

#SeriAishah
#CoachKepemimpinanDiri
#GuruALIM
#ALeaderInMe


Monday 22 February 2016

KEPEMIMPINAN MEMBINA DIRI ( TABIAT Siri 2)

Mengubah atau membina satu tabiat baru bukanlah sesuatu yang mudah.

Bayangkan, untuk memulakan satu tabiat mudah seperti menabung RM1 sehari juga amat sukar dilakukan tanpa dorongan diri yang kuat.

Inikan pula membina TABIAT baru yang perlukan besarnya komitmen diri. Lebih parah lagi MENINGGALKAN tabiat lama yang sudah sebati diri.

Guru kerapkali mengingatkan. Berpegang kepada MATLAMAT. VISI yang mahu dicapai dalan jangkawaktu tertentu. Fokus! Fokus! Usah 'terpedaya' dengan perkara yang tidak membawa kita ke arah mencapai VISI.

Guru menambah lagi. Untuk menjadi seorang yang mahir tentang sesuatu perkara, kita perlu 20 kali lebih tahu tentang perkara itu dari orang lain. Ketika ini, barulah kita digelar PAKAR.

Aduh! Sakitnya tuh di sini!

Inilah cabaran. Inilah kekuatan. Inilah pendorong.

Tekad baru. Mahu terus maju. Mahu fokus mahu istiqamah. Mahu berjaya. Mahu mencapai cita. Mahukan doa semua. Kita sama-sama berjaya.

www.seriaishah.com
cikseriaishah.blogspot.com
fb.com/cikseriaishah

#SeriAishah
#CoachKepemimpinanDiri
#GuruALIM
#ALeaderInMe

KEPEMIMPINAN MEMBINA DIRI (TABIAT Siri 1)

Ramai berkata, kehidupan ialah sebuah perjalanan yang tidak pernah berhenti. Tatkala ia berhenti, itu MATI.
Dalam sebuah buku yang dibaca, perjalanan tanpa henti ini membuat manusia akan sentiasa merencana untuk merubah kehidupan mereka kepada yang lebih baik.
Ya, benar. Rata-rata mereka yang berjaya, akan sentiasa menambahbaik diri, tanpa mengira sebagus manapun keadaan mereka pada ketika itu.
Dalam hati berkata, sudah tentu semua orang begitu. Tak semestinya pada jiwa orang kaya berjaya saja.
Contohnya, setiap kali hadirnya tahun baru, selalu ada tanam azam baru. Setiap kali datangnya usia baru, juga ada tertanam impian baru.
Jadi, apa bezanya mereka dengan kita?
Tiada beza. Sama saja sebab kita manusia normal.
Cuma, azam dan impian orang 'biasa-biasa' akan tinggal bertaburan selepas 36jam pertama. Bukan pertama kali. Tapi suduh berpuluh-puluh kali, selari dengan usia.
Kenapa?
Kerana setiap perubahan untuk mencapai azam dan impian itu tidak boleh dilakukan dengan sendirinya.
Ianya perlu selari dengan perubahan TABIAT untuk mencapai AZAM dan IMPIAN yang dicitakan. Tabiat baru pula perlu diCIPTA untuk menyokong perlaksanaan.
Tabiat lama yang tidak produktif dan tidak menyokong perlaksanaan mencapat azam dan impian perlu diHENTIKAN. Manakala tabiat baru yang mendorong kenalah dibina sebaiknya.
Bolehkah tabiat sediada yang sudah serasi badi di dalam diri dihentikan?
Owh. Ini kerja berat.

www.seriaishah.com
cikseriaishah.blogspot.com
fb.com/cikseriaishah

#SeriAishah
#CoachKepemimpinanDiri
#GuruALIM
#ALeaderInMe

Monday 8 February 2016

KEPEMIMPINAN MENGATUR STRATEGI

SPIDERMAN dan nasi lemaknya ini mengimbas ingatan tatkala bertalaqi mendengar butiran mutiara dari Tuan Shahrul Bear Gpc beberapa hari yang lalu.

Kisah bagaimana seorang rakan beliau, Ahmad (bukan nama sebenar) yang mahu memulakan hidup setelah menerima VSS.

Seperti biasa, menceburi bidang perniagaan adalah langkah paling mudah untuk difikirkan. Lebih-lebih lagi apabila wang pampasan VSS kelihatan 'banyak'.

Bermula dengan tiada ilmu dan strategi yang betul, Ahmad meneroka pelbagai bidang perniagaan, termasuk membuka kedai runcit yang memakan sehingga puluhan ribu ringgit.

Yang akhirnya membakar tangan dan mengempiskan saku.

Terdesak dengan situasi untuk meneruskan kehidupan, akhirnya didatangkan idea kepada Ahmad untuk membuka perniagaan nasi lemak.

Kebetulan Si isteri pandai memasak dan si suami akan memacak khemah (tanpa lesen) membuka meja jualan.

Tapak pilihan adalah disekitar stesen LRT. Tempat ramai orang berpusu.

Nampak klise kan?

Namun ada satu strategi yang dikongsikan oleh Tuan Shahrul, yang membuatkan rakan beliau sangat berjaya dengan perniagaannya, sehingga kini memiliki lebih 20 'kiosk' nasi lemaknya di sekitar Lembah Kelang.

Ada yang mahu saya kongsikan strategi tersebut dan kisah selanjutya?

Komen MAHU.

In sha Allah, teruja untuk saya sambung kisah ini. Berehat sebentar untuk ke dapur. 😊

Kredit foto : Siakap Keli

Tuesday 2 February 2016

KEPEMIMPINAN : STRATEGI DAN TAKTIK

A:  Dah lama tak nampak engkau update kat FB tentang produk engkau jual tu.

B:  Aku dah slow sikit sekarang ni. Tension pon ada.

A: Lah. Kenapa pulak?

B: Market dah sunyi sikit sekarang. Pastu upline pulak gasak suruh jual harga ahli.

A: Ada untung ker jual harga ahli?

B: Tu lah pasal. Diorang advise kumpul point. Amik komisyen dari point.

A: Oh. Gitu pulak.

B: Masalahnya, bila market slow, yang nak beli pun berkira-kira. Aku yang berniaga takde untung. Point pulak tak cukup kuota untuk dapat komisyen. Camne tu?

Huhuhu....

Dalam menjalankan bisnes, pelbagai strategi dan taktik akan disusun bagi memastikan bisnes mampu bertahan selama mungkin.

Kata Guru, Strategi adalah apa yang ada dalam minda. Taktik adalah apa yang ada depan mata.

Ilmu strategi tidak boleh diperjelaskan. Yang boleh diperjelaskan adalah taktik dan tips.

www.seriaishah.com

#SeriAishah
#kepemimpinan

KEPEMIMPINAN PENJENAMAAN MELALUI MEDIA SOSIAL.

Sejak kemunculan DS Vida memperkenalkan QuPuteh di media massa, masyarakat berbisnes lebih jelas tentang keperluan pembinaan jenama.

Penjenamaan adalah tentang bagaimana produk kita mahu dikenali.

Produk pula dikaitkan kepada diri individu, barang yang dijual atau servis yang diberikan.

Dapat dilihat, DS Vida fokus membina jenama pada 2 produk sekaligus iaitu barang jualan dan juga diri beliau sendiri.

Ternyata, di kala ini andai disebut produk kecantikan, sememang nama QuPuteh yang pertama terlintas difikiran. Samada secara serius atau secara menyeloroh.

Ini menggambarkan betapa besarnya pengaruh pemasaran yang dilakukan dalam membina penjenamaan QuPuteh.

Sudah tentu juga pengukuhan jenama berlaku secara berperingkat. Ia perlu bermula dengan perkara dan teknik asas seperti pemilihan nama dan penguasaan terhadap nama jenama itu.

Kemudian melalui fasa yang selanjutnya seperti memperkenalkan jenama dan pengukuhan jenama.

www.seriaishah.com

#kepemimpinan
#SeriAishah

Nota:
Di dalam program yang akan berlangsung pada 6 Februari ini, modul ASAS PENJENAMAAN - iPMS : integrasi Pemasaran Media Sosial akan dikongsikan bersama peserta.

Hubungi 0133976632 untuk tempahan.

Thursday 28 January 2016

KEPEMIMPINAN DIRI : TABIAT

Tabiat kita menentukan kualiti hidup kita, menurut penulis di dalam naskah The Power of Focus.

Apa itu tabiat?

Sesuatu perkara yang kita lakukan secara berulang-ulang sehingga ia menjadi mudah.
Tabiat boleh dicipta. Maknanya kualiti hidup juga boleh dirancang. 

Hmmm.. betullah, hidup adalah pilihan. Maka kita pilih dan tentukan mahu hidup yang bagaimana.
Mahu hidup tanpa ada masalah kewangan di kemudian hari, maka perlu cipta satu tabiat perancangan kewangan bulanan yang 'tegas' mulai hari ini.

Buat, buat, buat, ulang, ulang, ulang sehingga rasa mudah melaksanakannya. Ia akan membentuk tabiat.

Kata kuncinya KONSISTEN

#SeriAishah
#ThePowerOfFocus


Monday 25 January 2016

KEPEMIMPINAN MENCORAK MASA DEPAN (situasi diberhentikan kerja)

Diberhentikan Kerja.  Apa nak buat?



Dua minggu yang lepas, terima berita dari seorang rakan yang terpaksa diberhentikan kerja akibat kegawatan yang dialami oleh syarikat tempat beliau bekerja. Notis pendek.
Fuhhhh... berat telinga yang mendengar berat lagi perasaan mereka yang mengalaminya.

Bagaimana mahu membantu?

Memberikan sokongan moral dan kata-kata yang menaikkan self-esteem, mungkin dapat membantu sedikit sebanyak emosi rakan yang diberhentikan kerja.

Apapun, hidup perlu diteruskan. Perbelanjaan harian , bulanan dan tahunan perlu difikirkan.

Dalam situasi sebegini, secara amnya, ramai individu yang terlibat akan memilih untuk memulakan perniagaan. Mungkin menggunakan platform Multi-Level-Marketing atau mengambil sijil berkaitan pengurusan kewangan sebagai perunding insuran dan unit amanah. Mungkin juga menceburi bidang perniagaan bersendiri ataupun bersama rakan kongsi.

Apa kami boleh bantu?

Merasai apa emosi mereka yang melalui situasi diberhentikan kerja ini, kami mengadakan program MasterClass BMC ini untuk menyelesaikan beberapa masalah yang dihadapi.

Antaranya:

Situasi 1
Memulakan bisnes dengan menyertai syarikat MLM dan kini sedang memikirkan bagaimana mahu menghabiskan produk.

Situasi 2
Sudah memiliki sijil perunding kewangan dan kini tidak pasti jalan terbaik melaksanakannya.

Situasi 3
Sudah melaburkan sejumlah wang simpanan membuka perniagaan dan kini mencari jalan untuk mengekalkan perniagaan.

Setiap apa pun kerjaya yang kita jalankan, perlu adanya "hala tuju" yang nyata.
1. RUNGKAI MATLAMAT MASA DEPAN & EMOSI YANG MENGGERAKKAN.
2. LAKARAN JELAS SETIAP PERLAKSANAAN.

Kami kongsikan kepakaran kami. In sha Allah.

Didoakan semua rakan yang telah diberhentikan kerja ketika masalah kegawatan ini, akan sentiasa dipermudahkan urusan mereka menjalankan kehidupan. Amiin.