Saturday 12 March 2016

KEPEMIMPINAN MASA DEPAN : Siri 4 - MEMILIH KERJAYA

Berhenti sebentar dari isu kebimbangan ibubapa mendepani desas desus pengurangan pemberian kemudahan kewangan bagi pendidikan tinggi.

Disebalik itu, ada lagi cabaran lain yang lebih besar seperti memilih pengkhususan yang terbaik buat anak-anak. Fuhhh.. pening kepala.

1. Mahu ikut sahaja apa yang anak mahu?

2. Mahu ikut pemahaman kita tentang keperluan kerjaya masa depan?

3. Mahu menyambung cita-cita kita (ibubapa) yang tidak tercapai dulu kala atas banyak sebab?

Ini cabaran yang kritikal. 😐

Ada kisah anak-anak yang yang tidak perform di dalam pelajaran, dihentikan pembiayaan kewangan kerana dikatakan menyertai pengkhususan bukan pilihan.

Ibu bapa pilih supaya anak ambil pengkhususan Accountancy. Ini kerana mengikut Lapuran CSAP, seramai 60 ribu professional accountancy diperlukan pada tahun 2020. Ketika ini hanya ada sekitar 36 ribu sahaja.

Ini antara kerjaya masa depan yang punya permintaan.

Tetapi si anak pula mahu jadi pengarah filem dengan minat yang mendalam.

Ini antara pengalaman yang sempat diceritakan oleh CikPuan Mahiran, IPAC Education, INTECH UITM pagi ini.

Aduuus. Dilema ibu bapa. Mahukan yang terbaik untuk anak-anak.

Apa pandangan tuan puan?

#dilema
#kepemimpinan
Www.seriaishah.com
cikseriaishah.blogspot.com

KEPEMIMPINAN MASA DEPAN : Siri 3 - CABARAN KEWANGAN

Masih banyak rupanya berita baik tentang pemberian biasiswa atau pinjaman. Baik dari pihak kerajaan, syarikat swasta mahupun dari pusat pengajian tinggi itu sendiri.

Alhamdulillah. Lega. Selagi tak digali dan dicari, kita pun tak tahu. Bila dah tahu, tak mahu tertinggal walaupun satu. Minta semuanya.

Namun pusing-pusing, tetap akan ada cabaran dari segi persaingan yang tinggi. Berserah dan tawakkal, sepanjang jalan usaha.

Andaikata, tidak dapat bantuan sepenuhnya, sekurangnya pelan tabungan pendidikan anak-anak yang dirancang sejak awal kelahiran mereka akan sangat membantu.

Pelan simpanan boleh dilakukan dengan pelbagai cara dan pilihan. Antaranya:

1. Simpanan tunai secara berkala. Contohnya melalui potongan gaji.

2. Simpanan tabung pendidikan melalui syarikat insuran. Mungkin pilihan menggunakan konsep  'investment-linked' sesuai untuk jangkamasa panjang.

3. Simpanan unit amanah yang dikhaskan untuk tabung pendidikan.

4. Pembelian asset seperti hartanah.

5. Simpanan melalui pinjaman dari bank seperti pembelian unit amanah ASB.

Sudah tentu ada 'pro&con' bagi setiap pilihan ini. Namun konsep diversifying juga antara konsep yang baik untuk pelaburan jangkamasa panjang.

Bak kata pepatah inggeris, jangan dimasukkan semua telur yang ada ke dalam hanya sebuah bakul. Andai terjatuh bakul itu, pecahlah kesemua telur itu.

Di antara 5 pilihan di atas, yang manakah pilhan tuan puan?

Www.seriaishah.com
#kewangan
#kepemimpinan

KEPEMIMPINAN MASA DEPAN : CABARAN KEWANGAN (Siri 2)


Apa impian ibu bapa dalam mencorak masa depan anak-anak?

Visinya mahu melihat legasi yang punya masa depan yang kukuh, bahagia meneruskan kehidupan dan membina generasi baru. 

Citanya mahu hantar anak belajar setinggi mungkin. Timba ilmu untuk digunapakai dan sumbang semula kepada masyarakat.

Caranya membina kesedaran tentang impak kepada kesungguhan. Tidak lupa membina keperibadian yang baik.

Namun, keperluan penyediaan kewangan tidak boleh tidak dipedulikan. Kini bukan lagi dunia mudah dan mewah dengan bantuan dari kerjaan. 

'Cuaca' ekonomi sudah berubah secara drastik. 

Mulakan tabungan masa depan dengan cara paling efektif dan berkesan. Ikat perut pada kemewahan berlebihan. Berdikit-dikit akan membukit.

Mulakan tabiat baru dan berdisiplin.

#SeriAishah

www.seriaishah.com

http://cikseriaishah.blogspot.my/2016/03/kepemimpinan-masa-depan-cabaran.html

KEPEMIMPINAN MASA DEPAN : CABARAN KEWANGAN (Siri 1)

Kegawatan ekonomi yang dijangka pada 2016-2018 sudah sangat terasa.

Antara sektor yang paling terkesan adalah sektor pengajian tinggi.

JPA sudah menghadkan ( hampir memberhentikan) pembiayaan biasiswa. Begitu juga dengan MARA. Tindakan yang sama juga diambil oleh instituisi lain yang mengambil langkah menghadkan pemberian biasiswa atau pinjaman. Khususnya pembiayaan pengajian ke luar negara.

Bayangkan, bagaimana masa depan generasi kita, andai kemelut gawat ini berterusan dalam jangkamasa yang lebih lama?

Mengambilkira juga kadar inflasi dan kos pengajian yang semakin mendadak, apakah persediaan kita sebagai ibu bapa?

Gambar : Bersama Principle Foundation School of KYS, Dr John.

#SeriAishah
www.seriaishah.com
cikseriaishah.blogspot.com