Saturday 12 March 2016

KEPEMIMPINAN MASA DEPAN : Siri 4 - MEMILIH KERJAYA

Berhenti sebentar dari isu kebimbangan ibubapa mendepani desas desus pengurangan pemberian kemudahan kewangan bagi pendidikan tinggi.

Disebalik itu, ada lagi cabaran lain yang lebih besar seperti memilih pengkhususan yang terbaik buat anak-anak. Fuhhh.. pening kepala.

1. Mahu ikut sahaja apa yang anak mahu?

2. Mahu ikut pemahaman kita tentang keperluan kerjaya masa depan?

3. Mahu menyambung cita-cita kita (ibubapa) yang tidak tercapai dulu kala atas banyak sebab?

Ini cabaran yang kritikal. 😐

Ada kisah anak-anak yang yang tidak perform di dalam pelajaran, dihentikan pembiayaan kewangan kerana dikatakan menyertai pengkhususan bukan pilihan.

Ibu bapa pilih supaya anak ambil pengkhususan Accountancy. Ini kerana mengikut Lapuran CSAP, seramai 60 ribu professional accountancy diperlukan pada tahun 2020. Ketika ini hanya ada sekitar 36 ribu sahaja.

Ini antara kerjaya masa depan yang punya permintaan.

Tetapi si anak pula mahu jadi pengarah filem dengan minat yang mendalam.

Ini antara pengalaman yang sempat diceritakan oleh CikPuan Mahiran, IPAC Education, INTECH UITM pagi ini.

Aduuus. Dilema ibu bapa. Mahukan yang terbaik untuk anak-anak.

Apa pandangan tuan puan?

#dilema
#kepemimpinan
Www.seriaishah.com
cikseriaishah.blogspot.com

KEPEMIMPINAN MASA DEPAN : Siri 3 - CABARAN KEWANGAN

Masih banyak rupanya berita baik tentang pemberian biasiswa atau pinjaman. Baik dari pihak kerajaan, syarikat swasta mahupun dari pusat pengajian tinggi itu sendiri.

Alhamdulillah. Lega. Selagi tak digali dan dicari, kita pun tak tahu. Bila dah tahu, tak mahu tertinggal walaupun satu. Minta semuanya.

Namun pusing-pusing, tetap akan ada cabaran dari segi persaingan yang tinggi. Berserah dan tawakkal, sepanjang jalan usaha.

Andaikata, tidak dapat bantuan sepenuhnya, sekurangnya pelan tabungan pendidikan anak-anak yang dirancang sejak awal kelahiran mereka akan sangat membantu.

Pelan simpanan boleh dilakukan dengan pelbagai cara dan pilihan. Antaranya:

1. Simpanan tunai secara berkala. Contohnya melalui potongan gaji.

2. Simpanan tabung pendidikan melalui syarikat insuran. Mungkin pilihan menggunakan konsep  'investment-linked' sesuai untuk jangkamasa panjang.

3. Simpanan unit amanah yang dikhaskan untuk tabung pendidikan.

4. Pembelian asset seperti hartanah.

5. Simpanan melalui pinjaman dari bank seperti pembelian unit amanah ASB.

Sudah tentu ada 'pro&con' bagi setiap pilihan ini. Namun konsep diversifying juga antara konsep yang baik untuk pelaburan jangkamasa panjang.

Bak kata pepatah inggeris, jangan dimasukkan semua telur yang ada ke dalam hanya sebuah bakul. Andai terjatuh bakul itu, pecahlah kesemua telur itu.

Di antara 5 pilihan di atas, yang manakah pilhan tuan puan?

Www.seriaishah.com
#kewangan
#kepemimpinan

KEPEMIMPINAN MASA DEPAN : CABARAN KEWANGAN (Siri 2)


Apa impian ibu bapa dalam mencorak masa depan anak-anak?

Visinya mahu melihat legasi yang punya masa depan yang kukuh, bahagia meneruskan kehidupan dan membina generasi baru. 

Citanya mahu hantar anak belajar setinggi mungkin. Timba ilmu untuk digunapakai dan sumbang semula kepada masyarakat.

Caranya membina kesedaran tentang impak kepada kesungguhan. Tidak lupa membina keperibadian yang baik.

Namun, keperluan penyediaan kewangan tidak boleh tidak dipedulikan. Kini bukan lagi dunia mudah dan mewah dengan bantuan dari kerjaan. 

'Cuaca' ekonomi sudah berubah secara drastik. 

Mulakan tabungan masa depan dengan cara paling efektif dan berkesan. Ikat perut pada kemewahan berlebihan. Berdikit-dikit akan membukit.

Mulakan tabiat baru dan berdisiplin.

#SeriAishah

www.seriaishah.com

http://cikseriaishah.blogspot.my/2016/03/kepemimpinan-masa-depan-cabaran.html

KEPEMIMPINAN MASA DEPAN : CABARAN KEWANGAN (Siri 1)

Kegawatan ekonomi yang dijangka pada 2016-2018 sudah sangat terasa.

Antara sektor yang paling terkesan adalah sektor pengajian tinggi.

JPA sudah menghadkan ( hampir memberhentikan) pembiayaan biasiswa. Begitu juga dengan MARA. Tindakan yang sama juga diambil oleh instituisi lain yang mengambil langkah menghadkan pemberian biasiswa atau pinjaman. Khususnya pembiayaan pengajian ke luar negara.

Bayangkan, bagaimana masa depan generasi kita, andai kemelut gawat ini berterusan dalam jangkamasa yang lebih lama?

Mengambilkira juga kadar inflasi dan kos pengajian yang semakin mendadak, apakah persediaan kita sebagai ibu bapa?

Gambar : Bersama Principle Foundation School of KYS, Dr John.

#SeriAishah
www.seriaishah.com
cikseriaishah.blogspot.com

Thursday 25 February 2016

KEPEMIMPINAN MEMBINA DIRI (TABIAT Siri 5)

Di siri ke 5 ini kita lihat semula tips yang telah dikongsikan dari Siri 1 hingga ke Siri 4.
Siri 1. Manusia akan terus berimpian
Siri 2. Ubah impian menjadi Matlamat/Visi
Siri 3. Cari Idola/Ikon dan ikut tabiat mereka
Siri 4. Fikirkan Kesan menukar/tidak menukar tabiat terhadap Matlamat/Visi
Adakah kita sudah bersedia meneruskan langkah membina diri, mencipta tabiat baru, meninggalkan tabiat lama untuk kita terus memperbaiki diri ke tahap yang lebih baik?
Dimanakah cabaran permulaan yang menghalang?
Owh!
Ada yang kata, impian itu tidak kuat untuk mengubah tabiat!
Apakah halangan lain yang membantutkan niat tulus murni mengubah kehidupan kita?
Sudikan untuk berkongsi di ruang komen.
Kita rungkaikan bersama.



Nota :
Tips KEPEMIMPINAN MEMBINA DIRI (TABIAT Siri 1 - Siri 4) boleh di ulang baca di :
www.seriaishah.com (BLOG)
+ cikseriaishah.blogspot.my
fb.com/cikseriaishah

Wednesday 24 February 2016

KEPEMIMPINAN MEMBINA DIRI (TABIAT Siri 4)

Dari tips entry terdahulu di KEPEMIMPINAN MEMBINA DIRI  (TABIAT Siri 3), kini kita sudah kenalpasti ikon/idola yang mahu diteladani. Pilih mereka yang bersesuaian dengan SIAPA kita mahu jadi di masa depan.


Sebagai contoh, mahu mengubah diri menjadi Executive Coach atau Consultant. Lihat apa keperluan untuk menjadi individu seperti ini.

Cari ikon. Lihat mereka. Kebanyakan mereka adalah kalangan ilmuwan. Tabiat mereka sentiasa mencari GURU dan ILMU. Tabiat mereka suka membaca, maka kita cari ikon dari kalangan mereka yang sememang gemar membaca. Baca cara hidup mereka. berapa lama mereka gunakan masa untuk membaca dan berguru. Lihat bagaimana mereka menyerlah dan bagaimana mereka berkongsi apa maklumat yang difahami. 

Guru selalu berkata, usah gelojoh. Tekun dan fokus. Rancang MATLAMAT dengan bijak dan ambil sedikit masa. Jadi yang terbaik bukan produk separuh masak. Dalam masa yang sama ambil peluang menonjol diri untuk membina kredibiliti.

Baik Guru.

Langkah seterusnya menanam dorongan diri untuk memulakan tabiat supaya tidak kecundang dipermulaan jalan.

2 TIPS berikut dapat membantu.

1. Fikir dan tuliskan KESAN pada diri/karier/impian apabila kita MELAKUKAN tabiat baru.
2. Fikir dan tuliskan KESAN pada diri/karier/impian apabila kita TIDAK MELAKUKAN tabiat baru.

Sentiasa kita ingat, tabiat kita hari ini menentukan siapa kita pada masa depan.

Pastikan apa yang dilahirkan itu datang dari hati. Bukan rekaan yang menyedapkan hati.
Apabila hati yang berkata, hati juga yang mendengarnya.


www.seriaishah.com
cikseriaishah.blogspot.com
fb.com/cikseriaishah

#SeriAishah
#CoachKepemimpinanDiri
#GuruALIM
#ALeaderInMe



KEPEMIMPINAN MEMBINA DIRI  ( TABIAT Siri 3)

Terfikir-fikir apakah perkara pertama yang perlu dibuat untuk mengubah tabiat.

Idea yang hadir ketika itu ialah cari buku, cari Guru. Cari sesuatu yang boleh membantu kita untuk lakukan transformasi.

Seperti didorong dengan semangat yang ada, ternampak sebuah buku bertajuk "The Power of Focus".
Dihalaman awal buku tulisan Jack Canfield, Mark Victor Hansen dan Les Hewitt ini jelas tertulis "Tabiat Kita Menentukan Masa Depan Kita".

Mengujakan. Halaman demi halaman dibaca berulang kali.

Bagaimana mahu memilih tabiat baru yang positif?
Jawapannya, tiru saja tabiat orang-orang berjaya!

Orang-orang berjaya dikatakan mempunyai tabiat yang lebih kurang sama.

Kenalpasti individu yang berjaya di sekeliling kita. Minta sedikit masa mereka untuk diluangkan bersama kita. Pelajari cara hidup mereka.

Tanyakan sebanyak mungkin tentang disiplin dan rutin mereka.
+Apakah hobi mereka?
+Bagaimana mereka menjadualkan masa?
+Dengan siapa mereka berkawan?
+Apakah disiplin harian mereka?
+Kelab atau persatuan apa yang mereka sertai?
+Apakah buku yang mereka baca?

Atau baca buku autobiografi dan dokumentari mereka yang hebat yang dikagumi. Baca kisah diri dan idea yang mereka kongsikan.

www.seriaishah.com
cikseriaishah.blogspot.com
fb.com/cikseriaishah

#SeriAishah
#CoachKepemimpinanDiri
#GuruALIM
#ALeaderInMe