Saturday 12 March 2016

KEPEMIMPINAN MASA DEPAN : Siri 3 - CABARAN KEWANGAN

Masih banyak rupanya berita baik tentang pemberian biasiswa atau pinjaman. Baik dari pihak kerajaan, syarikat swasta mahupun dari pusat pengajian tinggi itu sendiri.

Alhamdulillah. Lega. Selagi tak digali dan dicari, kita pun tak tahu. Bila dah tahu, tak mahu tertinggal walaupun satu. Minta semuanya.

Namun pusing-pusing, tetap akan ada cabaran dari segi persaingan yang tinggi. Berserah dan tawakkal, sepanjang jalan usaha.

Andaikata, tidak dapat bantuan sepenuhnya, sekurangnya pelan tabungan pendidikan anak-anak yang dirancang sejak awal kelahiran mereka akan sangat membantu.

Pelan simpanan boleh dilakukan dengan pelbagai cara dan pilihan. Antaranya:

1. Simpanan tunai secara berkala. Contohnya melalui potongan gaji.

2. Simpanan tabung pendidikan melalui syarikat insuran. Mungkin pilihan menggunakan konsep  'investment-linked' sesuai untuk jangkamasa panjang.

3. Simpanan unit amanah yang dikhaskan untuk tabung pendidikan.

4. Pembelian asset seperti hartanah.

5. Simpanan melalui pinjaman dari bank seperti pembelian unit amanah ASB.

Sudah tentu ada 'pro&con' bagi setiap pilihan ini. Namun konsep diversifying juga antara konsep yang baik untuk pelaburan jangkamasa panjang.

Bak kata pepatah inggeris, jangan dimasukkan semua telur yang ada ke dalam hanya sebuah bakul. Andai terjatuh bakul itu, pecahlah kesemua telur itu.

Di antara 5 pilihan di atas, yang manakah pilhan tuan puan?

Www.seriaishah.com
#kewangan
#kepemimpinan

No comments:

Post a Comment